Wednesday, 9 May 2012
Monday, 7 May 2012
Sunday, 29 April 2012
Sej Ting 3
nak lihat nota sejarah ting 3..sila klik di sini
Friday, 20 April 2012
Bab 2 - Malayan Union dan Persekutuan TM
MALAYAN UNION dan
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
• Malayan Union
(MU)) diperkenalkan tahun 1946
• Ia
membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu
• Orang Melayu
menentang MU yang dianggap cuba menjajah Tanah Melayu & menghapusklan
ketuanan Melayu
• Ketuanan Melayu
bermaksud semangat cinta akan apa saja berkaitan bangsa Melayu seperti hak
politik, bahasa, budaya & adat istiadat
• Tentangan ini
melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948
2.1 TM Selepas Kekalahan Jepun
• Jepun kalah
tahun 1945
• Tanah Melayu
dikuasai Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari
• PKM banyak
melakukan keganasan
• Tanah Melayu
menjadi huru-hara
• Keadaan diselamatkan
oleh Pentadbiran Tentera British (PTM) atau British Military Administration
(BMA)
• BMA – merupakan
pentadbiran bercorak tentera oleh British sebelum Malayan Union diperkenalkan
Keganasan 14 Hari
• Jepun
meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah
• Berlaku “kekosongan Politik”
kerana tiada kuasa yang memerintah
• Kekosongan
politik – suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak
mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah
• PKM mengambil
kesempatan untuk menguasai keadaan Tanah Melayu
• Tanah Melayu
dikuasai oleh cawangan tentera PKM iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army
(MPAJA) selama 14 hari
• Tentera MPAJA
dikenali sebagai “Bintang Tiga”
• MPAJA telah
menguasai – bandar, daerah2 penting, balai polis & pejabat pentadbiran
kerajaan
• MPAJA juga
menjalankan;
• Undang2 sendiri
seperti – menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun
• Mengenakan
cukai kepala, cukai harta & cukai tanah
• Antara
keganasan MPAJA;
• Menculik &
menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun
• Menghukum
penduduk yang menganiayai orang Cina
• Merampas harta
benda orang kampung
• Membunuh
sesiapa yang dianggap bersalah
• Contoh
keganasan;
• Di Batu Pahat –
PKM membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun
• Pegawai Daerah
yang cuba berunding juga dibunuh
• Di Jelebu,
Negeri Sembilan – PKM mencemarkan masjid & surau
• Di Kampung
Bakor & Sungai Manik, Perak – PKM membakar rumah2 yang berpenghuni di waktu
malam
• Kesan
keganasan;
• Berlaku
ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM orang Cina
• Penduduk Melayu
bangkit menentang PKM
• Berlaku
huru-hara di bebarapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu
• Contoh – di
Batu Pahat & Muar – orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung
tenaga menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat
• Berjaya
dihalang oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn Jaafar
• Ketegangan kaum
ini berjaya diatasi oleh Pentadbiran Tentera British
Pentadbiran Tentera British
• PTB – merupakan
pentadbiran tentera yang diperkenalkan British pada September 1945
• Diketuai oleh
Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam – Sir Ralph Hone
• Tujuan PTB –
melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam
diperkenalkan
• Antara kejayaan
PTB:
• Menghapuskan
kuasa PKM selama 14 hari di Tanah Melayu
• Memujuk PKM
& MPAJA serah senjata
• Kawal &
hentikan pergaduhan kaum
• Wujudkan
keamanan & tegakkan undang2
• Kesan;
• Berjaya
mengamankan Tanah Melayu
• British
perkenalkan Malayan Union
2.2 Malayan Union (MU)
• Diisytiharkan
British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur
• Gabenor pertama
– Sir Edward Gent
• MU menggantikan
PTB di Tanah Melayu
• Malayan Union
merupakan;
• Usaha British
mengukuhkan pengaruh politik & ekonominya di Tanah Melayu
• Penjajahan
secara mutlak oleh British
Tujuan Penubuhan MU
• Mengurangkan
& mengawal kuasa politik orang Melayu
• Menjimatkan
perbelanjaan British – NNS, NNMB & NNMTB
• Menjamin terus
penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
• Memastikan
sumbangan golongan imigran tidak terjejas sebagai sumber tenaga kerja, pelabur
& pengembang ekonomi Tanah Melayu
• Mengukuhkan
pertahanan British di Tanah Melayu & Asia Tenggara
• Mewujudkan
suatu pentadbiran cekap & seragam
• Menyediakan
Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
• Membentuk satu
bangsa Malayan Union
Ciri-Ciri Malayan Union
• MU berjaya
mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah Tanah
Jajahan Mahkota
• Negeri naungan
– negeri yang dilindungi oleh British & raja2 Melayu masih menjadi ketua
negeri
• Tanah Jajahan
Mahkota – negeri yang diperintah oleh British secara langsung & berada di
bawah Parlimen British iaitu Melaka & Pulau Pinang
• MU mewujudkan
satu pentadbiran bersifat ‘kesatuan’
• Ciri-ciri
utama;
• NNMB, NNMTB
& NNS digabungkan menjadi satu unit politik
• Dibentuk Majlis
Eksekutif & Majlis Undangan Malayan Union
• Malayan Union
diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
• Kewarganegaraan
sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan MU
• Raja2 menjadi
ahli Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu) yang hanya membincangkan soal agama
Islam & adat istiadat Melayu
• Seorang
Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
• Parlimen
British menjadi pemutus undang2 MU
Bentuk Pentadbiran Malayan Union
• Parlimen
British – pemutus undang2 MU
• Gabenor MU -
dilantik Raja England
• Gabenor dibantu
oleh Majlis Eksekutif, Majlis Undangan & Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu
• Pesuruhjaya
Negeri – sebagai ketua pentadbir setiap negeri
2.3 Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap
Malayan Union
• Terdapat
pelbagai reaksi (tindak balas)
• Ada yang
menyokong & ada yang menentang
i. Golongan Yang Menyokong MU:
• Disokong
sekumpulan kecil orang Melayu yang radikal & golongan imigran
• Antara golongan
radikal Melayu;
• PKMM – Parti
Kebangsaan Melayu Malaya
• PKMM ditubuhkan
Oktober 1945 oleh PKM di Ipoh & Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin
Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM
• API – Angkatan
Pemuda Insaf
• AWAS – Angkatan
Wanita Sedar
• BATAS – Barisan
Tani Malaya
• Alasan
sokongan;
• MU akan
menyatukan sistem pentadbiran Tanah Melayu
• Mu melahirkan
pentadbiran baru & tidak berasaskan kuasa raja & pembesar Melayu
• Menyokong
kerakyatan terbuka
• Penyatuan
pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
• Percaya dengan
janji British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
• Antara golongan
yang menyokong pendirian radikal Melayu;
• PKM
• MDU (Malayan
Democratic Union) – parti politik yang berpusat di Singapura & ahlinya
terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris
• AMCJA (All
Malayan Council of Joint Action) – merupakan gabungan golongan imigran diketuai
oleh Tun Tan Cheng Lock
• Alasan
sokongan;
• MU
menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja
• MDU
mencadangkan Singapura dimasukkan ke dalam MU
ii. Golongan Yang Menentang MU:
• Ditentang
kebanyakan peribumi Tanah Melayu
Sebab-Sebab Penentangan
• Penghapusan
kedaulatan & kuasa raja2 Melayu – hanya menjadi ahli Majlis Raja2 Melayu,
hilang takhta & maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa gabenor
British
• Tamadun orang
Melayu terhakis – sistem beraja, bahasa Melayu, tulisan Jawi, Ketuanan Melayu
tercabar & orang Melayu akan hilang tanah air
• Kerakyatan yang
terlalu liberal – jus soli mengancam status quo orang Melayu & jumlah orang
Melayu terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah
• Membantah
tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja2 Melayu – turun takhta &
tidak diberi masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
Cara Penentangan Terhadap MU
• Dalam 3 bentuk
– secara individu, melalui akhbar & secara kolektif
i. Secara Individu:
• Peranan Dato’
Onn Jaafar
• Pada 23 Januari
1946 beliau menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu
• Tujuan –
menyeru orang Melayu mengadakan kongres & menubuhkan U.M.O (United Malays
Organization)
• Raja2 Melayu
membantah MU – menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa
menerima MU
• Kesan -
bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran raja2 Melayu supaya berganding bahu
menentang MU
• Sokongan –
tindakan orang Melayu disokong bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di
Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld &
Sir Cecil Clementi
• Mereka
menentang cadangan MU secara terbuka dalam akhbar The Times di London
ii. Melalui Akhbar:
• Menyuarakan
bantahan melalui akhbar Majlis, Utusan Melayu & Warta Negara
• Akhbar Majlis –
akhbar pertama menyeru orang Melayu menentang Mu
• Utusan Melayu –
pada 12 Oktober 1945 menyeru raja2 Melayu berfikir jika MU tidak ditentang
• Warta Negara –
pada 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang MU
iii. Secara Kolektif (Beramai-Ramai):
• Penentangan
lebih berbentuk penyertaan masyarakat iaitu secara demonstrasi, menubuhkan
persatuan2 Melayu, menubuhkan Kongres Melayu 1946 & mengadakan rapat umum
a. Orang Melayu mengadakan demonstrasi
secara aman
• Contoh
demonstrasi;
• Di Alor Setar –
seramai 50 000 orang
• Di Kota Bharu –
seramai 10 000 orang
• Di Johor Bharu
– orang ramai berkumpul di hadapan Masjid Sultan Abu Bakar
• Tujuan demonstrasi;
• Membantah cara
Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja2 Melayu
• Membantah MU
yang akan menghapuskan kedaulatan negeri2 Melayu & kedudukan orang Melayu
sebagai anak negeri
• Contoh slogan
yang digunakan;
• “Tanah Melayu
Hak Melayu, Malayan Union Tidak Dikehendaki”
• “Bersatu Teguh
Bercerai Roboh”
b. Menubuhkan persatuan2 Melayu
• banyak
persatuan Melayu ditubuhkan & dihidupkan semula
• tujuan –
menentang Mu secara berorganisasi
• contoh –
Persatuan Melayu Terengganu & Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor
• persatuan2
menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
• mereka menolak
sama sekali pentadbiran MU
• contoh –
Telegram Islamic Voice of Malaya, Pulau Pinang
c. Menubuhkan Kongres Melayu 1946
• Kongres Melayu
pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baru, Kuala Lumpur
• Dihadiri 41
buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
• Dirasmikan oleh
Sultan Selangor iaitu Sultan Hishamuddin Alam Shah & menderma sebanyak $500
• Pengerusi
Kongres Melayu yang pertama – Dato’ Onn Jaafar
• Hasil kongres –
bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
• Mendapat
sambutan hebat
• Orang ramai
membawa sepanduk patriotik menentang MU
• Tampil berucap
– wakil kaum Ibu iaitu Che Maznah & wakil kanak2
• Kata2 “Wahai
bapa2 kami, peliharalah hak2 kami sementara kami besar” menjadi pendorong &
penguat semangat perjuangan
• Kongres Melayu
Kedua diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946
• Tujuan –
membantah pengisytiharan MU yang akan diadakan pada 1 April 1946
• Dihadiri 9
wakil persatuan2 negeri Melayu
• Mesyuarat
diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur
• Memutuskan 3 perkara penting;
(i) Meminta raja2
Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
(ii) Meminta
orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran MU
memulaukan pelantikan itu
(iii) Menuntut
orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok
d. Mengadakan rapat umum
• Diadakan semasa
lawatan L.D. Gammans & David Rees Williams (ahli Parlimen British) di
setiap bandar pada Mei 1946
• Tujuan lawatan
untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar2 menentang MU
• Orang Melayu
berkumpul di Singapura, Johor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang,
Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar & George Town
• Orang Melayu
membawa sepanduk yang mengutuk MU & Sir Harold MacMichael
Peranan Kaum
Wanita / Kaum Ibu Dalam Menentang Pelaksanaan MU
• Memainkan
peranan penting menyokong penuh perjuangan UMNO menentang MU
• Antaranya;
• Halimahton
Majid – pemimpin Kaum Ibu UMNO, Rembau berucap dalam perhimpunan kaum ibu
membantah MU
• Datin Puteh
Mariah Ibrahim Rashid – Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama – telah mengetuai
Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak & bergabung tenaga dengan kaum
lelaki menyokong Kongres Melayu 1946
• Cikgu Zahara
Abdullah – berucap menentang MU di Batu Pahat
• Di Selangor,
Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus menentang MU
• Peranan kaum
ibu ini telah mendapat pujian daripada Dato’ Onn Jaafar
2.4 Penubuhan Umno
• Keputusan
penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
• Pada 11 Mei
1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar,
Johor Bharu
• Yang Dipertua
pertama – Dato’ Onn Jaafar
Tujuan Penubuhan UMNO
• Menjadi wadah
perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
• Tujuan
penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
• Contoh
perubahan;
i. Tahun 1946;
• Menentang
Malayan Union
• Menyatukan
orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
• Mewujudkan satu
organisasi nasional
• Menjaga
kepentingan politik & ketuanan Melayu
• Memajukan
pendidikan orang Melayu
• Melindungi
kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan
ii. Tahun 1949;
• Menjalankan
fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik & pentadbiran) di Tanah
Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
• Menjalankan
ikhtiar & langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang
memerintah Tanah Melayu
• Memajukan orang
Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan
& ikhtisas (berkaitan ekonomi)
• Menjadi
pelindung kedaulatan tanah air
• Mula menuntut
kemerdekaan
Perjuangan Tokoh UMNO
• Tokoh2 UMNO
terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun
1949
• Antaranya;
i. Dato’ Onn Jaafar
• Yang Dipertua
UMNO pertama (1946-1951)
• Merupakan
pengasas UMNO
• Mendapat
pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England
• Sebelum
memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor & wartawan yang
terkenal
• Tahun 1946
dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan di Batu
Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
• Merupakan orang
pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
• Beliau
mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
• Berjaya
menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
• Sumbangan
terbesar – menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu &
berjaya menumbangkan MU
• Menjelajah ke
seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu
terhadap MU
• Berjaya memujuk
raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
• Menjadi ahli
jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
• Beliau
mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan
ii.
Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905-1959)
• Nama sebenar –
Abdul Wahab bin Abdul Aziz
• Merupakan
Setiausaha Agung UMNO pertama
• Berpendidikan
di Anderson School, Ipoh, Perak & Inner Temple, England
• Apabila MU
diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – tujuan menyokong
Kongres Melayu menggagalkan MU
• Beliau menjadi
Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953
iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)
• Merupakan Ahli
Jawatankuasa UMNO Pusat & Ketua UMNO Kelantan
• Mendapat
pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu & Maktab Melayu Kuala
Kangsar, Perak
• Beliau
melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
• Beliau menjadi
peguam yang bertauliah
• Pernah menjadi
Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun
1948-1955
iv. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) – 1895-1973
• Dianggap
seorang intelektual Melayu
• Digelar Pendeta
Bahasa Melayu yang ulung
• Berasal dari
Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
• Terlibat dalam
Kongres Melayu tahun 1946
• Dato’ Onn
Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
• Beliau juga
mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan”
atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays
National Organization (UMNO)
Perjuangan & Perkembangan UMNO
• Berjaya
memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial & pendidikan
• Sebuah parti
yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
• UMNO mewakili
kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO
• Perjuangan
utama UMNO ialah;
• Menumbangkan MU
• Menyatupadukan
orang Melayu
• Memperjuangkan
‘ketuanan Melayu’
• Menghapuskan
semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
• Mewujudkan
sebuah parti politik bercorak kebangsaan
• Memajukan
pendidikan orang Melayu
• Mengusahakan
kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu
• Beberapa
mesyuarat agung diadakan di bandar2 besar
• Contoh;
• Jun 1946 – di
Kota Bharu, Kelantan
• Tahun 1948 – di
Pulau Pinang & dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
• Biasanya
mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja2 Melayu setempat
• Menunjukkan
perjuangan UMNO direstui
• Tahun 1946 –
Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
• Tujuan –
sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak
• Piagam ini
mempunyai 5 bab
• Tahun 1949 –
Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah
parti politik yang kukuh
Lambang UMNO
• Menjadi
identiti UMNO, antaranya;
(i) Logo UMNO – dalam tulisan Jawi iaitu perkataan
PEKEMBAR
(ii) Cogan kata – “HIDUP MELAYU” – dicipta oleh Dato’
Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO
• Cogan kata ini
sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’
Onn Jaafar sendiri
• Bulan Mac 1950
– cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian
UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub
(iii) Bendera UMNO – terdiri drpd warna merah, putih,
kuning & hijau
• Merah –
keberanian
• Putih –
kesucian & keikhlasan
• Kuning –
lambang raja
• Hijau – keris
hijau lambang agama Islam & tamadun Melayu
• Pemilihan
bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
• Dicadangkan
oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
• Bendera UMNO
pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang
27 Julai 1947
2.5 Penubuhan Persatuan TM 1948
• Persekutuan
Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
• Tujuan –
menggantikan MU
• Merupakan
kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu
Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM
i. Rundingan Menolak Pelaksanaan MU
• Sejak Januari
hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
• Tujuan –
menolak MU
• Mei 1946 –
raja2 Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
• Tujuan –
menyampaikan pandangan menolak MU
• Jun 1946 –
rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
• Kesan;
• British
mengadakan rundingan rasmi dengan raja2 Melayu & UMNO
• Raja2 Melayu
& UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan terhadap MU secara
rasmi
ii. Rundingan Menubuhkan PTM
• Pada 25 Julai
1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
• Dianggotai
pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
• Perbincangan
rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
• Beberapa
tuntutan dikemukakan, antaranya;
a. Raja2 Melayu
& orang Melayu menolak semua prinsip & struktur MU
b. Mereka mahukan
sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
c. Mereka menolak
kerakyatan jus soli
d. Mereka mahu
taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
e. Mendesak raja2
Melayu menjadi ketua negeri2 Melayu
• Kesan
rundingan;
• British setuju
membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
• British tidak
mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
• Sikap sederhana
orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2
UMNO sentiasa berunding menyedarkan British
• British
mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi (proses membebaskan
negeri yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB
• Rundingan
berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari
1948
• Pada 1 Februari
1948 PTM dibentuk & majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala
Lumpur
Ciri-Ciri Utama PTM 1948
• Konsep Raja
Berperlembagaan diperkenalkan
• Majlis Raja2
Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
• Perlindungan
istimewa diberikan kepada orang Melayu & diletakkan di bawah kuasa
Pesuruhjaya Tinggi British
• Syarat
kerakyatan diperketatkan
• Sebuah
persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri2 Melayu kecuali Singapura
• Pesuruhjaya
Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan & dibantu Majlis Mesyuarat
Eksekutif & Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan
Perbezaan Kerakyatan PTM Dengan MU:
PTM Cara Mendapatkan Kerakyatan MU
• Jus soli terbuka kepada Rakyat Raja & Rakyat British
• Pemohon yang lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British
Secara kuatkuasa undang-undang
PTM Cara Mendapatkan Kerakyatan MU
• Jus soli terbuka kepada Rakyat Raja & Rakyat British
• Pemohon yang lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British
Secara kuatkuasa undang-undang
• Jus soli bagi
mereka yang lahir di MU, Singapura & tanah jajahan British yang lain
• Pemohon yang berusia 21 tahun, tiada rekod jenayah & bersetuju taat setia kepada PTM
• Mereka yang berusia 21 tahun & telah tinggal selama 8 tahun daripada 12 tahun di TM serta boleh bertutus Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Secara permohonan
• Pemohon yang berusia 21 tahun, tiada rekod jenayah & bersetuju taat setia kepada PTM
• Mereka yang berusia 21 tahun & telah tinggal selama 8 tahun daripada 12 tahun di TM serta boleh bertutus Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Secara permohonan
• Pemohon yang
tinggal selama 5 tahun daripada 7 tahun dari tarikh permohonan
• Anak angkat pemohon yang telah menjadi rakyat MU
• Anak angkat pemohon yang telah menjadi rakyat MU
Subscribe to:
Posts (Atom)