PENDUDUKAN JEPUN DI TM
1.1 Pemerintahan Tentera Jepun Di
Tanah Melayu
• Memerintah
selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945)
• Pemerintahan
bercorak tentera
Kedatangan Jepun
• Jepun
diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
• Melancarkan
Pemulihan Meiji
• Menekankan
pemodenan Jepun dan perindustrian
•
Mencontohi negara Barat
• Jepun meluaskan
kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri
• Dianggap kuasa
besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905
• Berjaya
memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun
Faktor Perluasan Kuasa Jepun
i. Masalah
Ekonomi Jepun
• Penduduk Jepun
bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang
• Jepun perlukan
bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
• Jepun perlukan
kawasan baru untuk pasaran hasil industri
ii. Sekatan
Ekonomi
• Amerika
Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
• China dikuasai
Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
• Jepun bertindak
balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
•
Serangan diketuai Jeneral Tojo
• Tahun 1936
Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
• Tahun 1941
Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
• Beliau berjaya
mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara
Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah
Melayu
i.
Melalui Propaganda
•
Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang
Asia” dan “Semangat Asia”
• Slogan berunsur
anti-penjajah Barat
• Banyak
menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur
•
Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia
ii.Rancangan
“Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
• Strategi yang
sangat berkesan
• Penduduk
tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British
Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
i. Melalui
Kawasan Utara di Thailand
• Tentera Jepun
mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941
• Tentera terus
mara ke Jitra, Kedah
• Tentera
berpecah dua
• Satu pasukan ke
Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
• Satu pasukan
lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai
barat
ii. Melalui
Kawasan Kota Bharu
• Tentera Jepun
mendarat pada 8 Disember 1941
• Tentera mara ke
selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur
iii.
Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
• Tentera Jepun
mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
• Berpecah kepada
dua pasukan
• Satu pasukan
mara ke Kuching dan Sibu
• Pasukan kedua
mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
• Kemudian mara
ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar
• Tiada tentangan
sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah
Cara Kemaraan Tentera Jepun
i. Menggunakan
kapal terbang perang
• Digunakan
tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
• Kapal ini
sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun
ii.Menggunakan
kereta kebal penggempur
• Berjaya memaksa
tentera British berundur
• Jepun
menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan
iii.
Menggunakan bot
• Bot
digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di
pantai
iv.
Menggunakan basikal
• Tujuan
mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
•
Basikal mudah untuk melalui jalan sempit
Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu
i. Jepun
menguasai Tanah Melayu
• Tentera Jepun
berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
• Pada 15
Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
• Leftenan
Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki
(dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura
• Jepun gunakan
strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan
ii. Banyak
berlaku kemusnahan
• Kemusnahan
berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
• British gunakan
taktik “bumi hangus”
• British
memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan
perlombongan
• Tujuannya untuk
melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi
• Contoh
kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan
Muzium Selangor
• Di Sarawak,
British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan
iii. Jepun gagal
menguasai bahan mentah Tanah Melayu
•
Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah
negara.
iv. Kelemahan
tentera British di Tanah Melayu
• Tentera British
yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak
mampu menyekat kemaraan tentera Jepun
• Tentera British
tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh
kecuali Singapura
•
British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan
tentera Paksi di Eropah
•
Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian
mempertahankan Tanah Melayu
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British
di Tanah Melayu
i. Perancangan
awal perang
• Jepun
menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk
Tanah Melayu
• Jepun
menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk
memudahkan serangan
ii. Kelengkapan
perang tentera Jepun
• Jepun
menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
• Jepun
menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu
iii. Semangat
tentera Jepun
• Tentera Jepun
berjuang untuk kemegahan negara mereka
• Tentera Jepun
rela mati demi Maharaja Jepun
• Tentera Jepun berpengalaman
kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
iv. Taktik serangan Jepun
• Jepun
memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera
Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
• Jepun memulakan
serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di
Singapura
v. Kelemahan
tentera British
• Tentera British
tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan
peperangan di Eropah
• Tentera British
kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
• Askar India
yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
• Tumpuan
pertahanan British hanya di Singapura
vi. Pakatan
Jepun-Thailand
•
Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan
sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
•
Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada
Thailand
vii. Peranan
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
• KMM membantu
menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
• KMM memberi
maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
• KMM menjadi
penunjuk arah semasa kemaraan Jepun
Dasar Pemerintahan Jepun Di Tanah Melayu
a. Pentadbiran
Jepun di Tanah Melayu
• pemerintahan
bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
• Tanah Melayu
dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)
• Singapura
dikenalisebagai Syonan (Cahaya Selatan)
• Pentadbiran
Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu
• Pentadbiran
Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran
wilayah
i. Pentadbiran Pusat
• Jepun gabungkan
Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat
• Diketuai
Pengarah Agung berpusat di Singapura
• Dibantu oleh
Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat
• Sarawak, Sabah
dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara
• Diketuai oleh
Gabenor Jeneral di Kuching
ii. Pentadbiran
Wilayah
• Di bawah
pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri
• Setiap wilayah
diketuai Gabenor Wilayah
• Negeri Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand sebagai menghargai
kerjasama
• Sarawak
dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri)
• Sabah kepada
dua wilayah (Jesselton & Sandakan)
• Setiap wilayah
diketuai seorang Gabenor Wilayah
• Diperingkat
daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British
• Mempunyai
Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan
b. Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah
Melayu
• Jepun
perkenalkan pelbagai dasar
• Dasar Jepun
sering berubah mengikut kepentingan
•
Kebajikan penduduk tidak dijaga
• Penduduk tiada
hak bersuara
• Setiap dasar
Jepun mempunyai muslihat tertentu
• Apabila Jepun
sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi
kebaikan kepada penduduk
• Tujuan untuk
mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British
• Dasar
pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial
i. Politik
• Sultan tidak
lagi menjadi pemerintah negeri
• Sultan hanya
menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja
• Sultan diberi
elaun seperti semasa pemerintahan British
• Tanah Melayu
dijadikan tanah jajahan Jepun
• Majlis Agama
Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah
ii. Ekonomi
• Ekonomi Tanah
Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan
• Mata wang Jepun
diperkenalkan
• Ekonomi sara
diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan
• Catuan makanan
dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian
• Layanan
istimewa diberikan kepada kaisha (syarikat Jepun)
iii. Sosial
• Sekolah Inggeris
& Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China
• Kesetiaan
penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun
• Lagu Kebangsaan
Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah
• Bahasa Jepun
atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah
• Satu ruangan
khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia
• Rakyat
diwajibkan belajar bahasa Jepun
• Cuti sempena
hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan
• Orang Melayu
dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
• Orang Cina
dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China_Jepun
• Orang India
dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di
India
Contoh Dasar Penjepunan
• Stesen Kereta
Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan
• Persatuan
Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan Shokai
• Budaya Jepun
diiklankan dalam akhbar
• Murid sekolah
dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jepun Kimigayo
Reaksi Penduduk
• Pelbagai reaksi
penduduk tempatan seperti orang Melayu, India & Cina
i. Reaksi Orang
Melayu
Reaksi Peringkat Awal
• Sebahagian
besar tidak menentang
• Mereka
mengalu-alukan kedatangan Jepun
• Terpengaruh
dengan slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran
Bersama Asia Timur Raya”
• Orang Melayu
diberi layanan baik oleh tentera Jepun
• KMM pimpinan
Ibrahim Haji Yaacob mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
• Tujuan supaya
Tanah Melayu mendapat kemerdekaan
Reaksi Selepas Jepun Menguasai Tanah
Melayu
• Sokongan orang
Melayu tidak kekal lama
• Jepun
memerintah secara tentera
• Dasar
pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat
• Slogan Jepun
hanya muslihat untuk menguasai Tanah Melayu
• Tanah Melayu
tidak diberi kemerdekaan seperti dijanjikan
• Status Tanah
Melayu berubah menjadi tanah jajahan
• Negeri-Negeri
Melayu Utara diserahkan kepada Thailand sebagai balasan kerjasama
• Di peringkat
awal Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu
• KMM dibubarkan
oleh Jepun
• Tentera Jepun
mula kejam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap pesalah
ii. Reaksi Orang Cina
• Banyak
dipengaruhi Perang China-Jepun 1937
• Terlibat dengan
gerakan anti-Jepun
• Mereka
memulaukan barangan Jepun & memungut derma untuk membantu Negara China
• Pemuda Cina
ramai yang balik ke China menyertai perang menentang Jepun
• Kesannya –
apabila Jepun menguasai Tanah Melayu orang Cina dilayan kasar & dibunuh
tentera Jepun
• Ada juga orang
Cina menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan & keselamatan
nyawa mereka
iii. Reaksi Orang India
• Mendapat
layanan baik daripada Jepun
• Tujuan Jepun
untuk mendapat kerjasama orang India mengusir British di India
• Orang India
diseru bersatu padu untuk tujuan tersebut
• Jepun berjaya
mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya berpaling tadah &
bekerjasama dengan Jepun
• Sebahagian
besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India & menubuhkan Liga
Kemerdekaan India hasil dorongan Jepun
Reaksi Penduduk Terhadap Dasar Kejam Jepun di Tanah
Melayu
• Muncul gerakan
anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
• Bergerak secara
gerila untuk menentang Jepun
• Mendapat
kerjasama daripada tentera Bersekutu khususnya British
Gerakan Anti-Jepun di Tanah Melayu
i. Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)
• Ditubuhkan oleh
Parti Komunis Malaya (PKM)
• Bekerjasama
dengan British untuk mendapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan &
senjata
• Menggunakan
taktik perang gerila
ii. Force 136
• Ditubuhkan
tentera Bersekutu di Pahang, Johor & Kedah untuk menentang Jepun di Tanah
Melayu
• Anggotanya
mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka
• Mereka terdiri
daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu
iii. Askar Melayu
Setia (AMS)
• Melancarkan
perang gerila
• Bekerjasama
& mendapat bantuan daripada Force 136
iv. Pasukan Wataniah Pahang
• Sultan Pahang
(Sultan Abu Bakar) sebagai Pemerintah Kehormat
• Diketuai oleh
Yeop Mahidin
• Berhubungan
baik dengan pasukan Force 136
v. Gerila Kinabalu
• Pimpinan Albert
Kwok
• Melancarkan
pemberontakan Double Tenth tetapi gagal
vi. Pasukan Gerila Datu Mustapha
• Menjalankan
penentangan di Kudat
vii. Pasukan Gerila di Sandakan
• Menjalankan
penentangan di Sandakan
viii. Penentangan di Pesisir Pantai Sarawak
• Menjalankan
gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun
Jepun di Ambang Kekalahan
• Tahun 1945
tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah diri
• Jepun enggan
• Pada 9 Ogos
1945 tentera Bersekutu menggugurkan bom atom di di Hiroshima & Nagasaki
• 15 Ogos 1945
Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat
• Jeneral
Seishiro Itagaki iaitu ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri kepada
tentera Bersekutu di Majlis Perbandaran Singapura
• Tentera
Bersekutu diwakili Laksamana Louis Mountbatten
• Pada 10
September 1945 pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37 di wilayah Borneo Masao
Baba menyerah kalah di Surender Point, Labuan
1.2 Kesan Pemerintahan Tentera Jepun Di TM
Kesan politik
i. Berjaya Mempengaruhi Penduduk Tempatan
• Kejayaan Jepun
dalam Perang Dunia II menewaskan kuasa barat memberi keyakinan kepada orang
Asia untuk membebaskan negara daripada penjajah
• Menyemarakkan
semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
• Slogan Jepun
“Asia Untuk Orang Asia” berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk
menolak penjajah Barat
ii. Orang Melayu Terlibat Dalam Pentadbiran Awam
• Jepun
menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) di Singapura, Pulau Pinang
& Melaka
• Tujuan melatih pegawai
awam
• Jepun
melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran
• Contoh;
a. Orang tempatan
diberi peluang menjadi Pegawai Daerah iaitu Abang Haji Openg (Kuching) &
Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman (Hulu Perak)
b. Ibrahim Haji
Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel PETA (Pembela Tanah Air) iaitu
pertubuhan separa tentera & diberi latihan oleh Jepun untuk menentang
tentera Bersekutu
c. Dr.
Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan & Adat Istiadat
Melayu
d. Dato’ Onn
Jaafar dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor & juga ahli Majlis
Mesyuarat Negeri Johor
• Peluang
menjawat jawatan tinggi tidak pernah diberi semasa pentadbiran British
iii. Jepun Tidak Menepati Janji
• Dasar Jepun
untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan
• Di Tanah Melayu
kegiatan politik diawasi Jepun
• Kebebasan
bersuara disekat
• Akhbar-akhbar
yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun
• Hanya
pertubuhan pro-Jepun sahaja dibenarkan aktif
• KMM yang banyak
membantu Jepun juga diharamkan pada tahun 1942
• Pertubuhan
politik dibenarkan bergiat semula apabila Jepun menerima tekanan tentera
Bersekutu
• Segala dasar
Jepun mula longgar
• Contoh;
a. Tanah Melayu
dijanjikan akan merdeka bersama Indonesia
b. Kesatuan
Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan bertujuan mendapatkan
kemerdekaan bersama Indonesia
• Kesan – konsep
Melayu Raya yang diperjuangkan KMM semakin kukuh
iv. Kebangkitan Semangat Kebangsaan
• Semangat
kebangsaan semakin bersemarak
• Semangat
kebangsaan rakyat berbeza mengikut kaum & berpaksi kepada Negara asal
• Contoh;
a. semangat
kemerdekaan orang India untuk memerdekakan Negara India
b. semangat
kebangsaan orang Cina lebih bersifat anti-Jepun
• Kesan;
a Parti Komunis
Malaya (PKM) semakin berpengaruh apabila mendapat bantuan daripada pasukan
Force 136
b. PKM menubuhkan
MPAJA dikenali dengan nama “Bintang Tiga” melambangkan tiga kaum utama tetapi
sebahagian besar anggotanya kaum Cina
Kesan Ekonomi
i. Rancangan Ekonomi Jepun gagal
• Rancangan
mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” gagal kerana Jepun
lebih tumpukan kepada peperangan
• Kesan;
a. Ekonomi Tanah
Melayu merosot
b. Gaji pegawai
kerajaan dikurangkan
c. Kadar
pengangguran meningkat
• Perdagangan
antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi kuasa Bersekutu
• Kesan;
a. Hasil bijih
timah & getah tidak dapat dieksport ke Barat
b. Beras tidak
dapat diimport dari Thailand & Burma
c. Kawalan
kawasan perairan oleh kapal selam Bersekutu menyebabkan bahan mentah tidak
dapat dihantar ke Jepun
ii. Ekonomi Hanya Menguntungkan Jepun
• Dasar ekonomi
Jepun tidak menguntungkan penduduk
• Amalan rasuah,
menyorok barang & pasaran gelap berlaku di merata tempat
• Mata wang Jepun
dikenali sebagai “wang pokok pisang” dicetak tanpa kawalan & nilainya
rendah
• Kesan – berlaku inflasi kerana terlalu banyak wang
tetapi barang kurang
iii. Penduduk Sengsara & Menderita
• Bekalan barang
keperluan harian seperti makanan, pakaian & ubat sukar diperoleh
• Jika adapun
harganya melambung tinggi
iv. Catuan Bekalan Makanan
• Bertujuan untuk
mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan
• Kad catuan
diberikan bagi memastikan tiada keluarga mendapat bekalan lebih daripada yang
ditetapkan
• Contoh –
setiap keluarga dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan
• Kesan;
a. Kadar ini
tidak mencukupi bagi sebuah keluarga besar
b. Ubi kayu &
keledek menjadi makanan utama menggantikan nasi
c. Ramai penduduk
Bandar berpindah ke luar Bandar untuk mencari kehidupan lebih baik
vi. Banyak Ciptaan Baru Muncul
• Keperitan hidup
menjadikan penduduk tempatan lebih kreatif
• Banyak ciptaan
baru muncul berasaskan bahan tempatan
• Contoh;
a. Kasut getah
daripada getah keping dihasilkan
b. Kain daripada
benang nanas dihasilkan
vii. Perkembangan Perusahaan Tradisional & Industri Baru
• Perusahaan
tradisional digiatkan semula seperti menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa
& rokok daun
• Ubat-ubatan
menjadi semakin penting
• Muncul banyak
industri baru berasaskan sumber tempatan yang diusahakan syarikat Jepun
• Contoh;
a. Lori &
kereta berkuasa wap menggunakan arang batu
b. Bahan api
daripada susu getah
c. Tayar tanpa
tiup daripada getah padat
d. Tali kapal
daripada sabut kelapa
e. Kelambu &
kain daripada benang daun nanas
f. Kertas
daripada buluh, daun getah & lalang
g. Peralatan
berasaskan kulit haiwan & logam
• Industri yang
tidak ekonomik & kekurangan bahan mentah semakin pupus
Kesan sosial
i. Penduduk Sengsara & Takut
• Penduduk
dikenakan perintah berkurung & sekatan perjalanan
• Penduduk saling
mencurigai satu sama lain kerana bimbang dianggap anti-Jepun
• Ramai menjadi
tali barut Jepun
• Ramai menjadi
mangsa kekejaman Jepun
• Kempeitai
sentiasa mengintip sesiapa sahaja yang dianggap bersalah
• Prinsip
kempeitai adalah “seksa dulu kemudian siasat”
• Hukuman dera
& hukuman mati dikenakan di khalayak ramai
ii. Penduduk Menjadi Buruh Paksa
• Sebagai buruh
paksa penduduk tidak diberi gaji
• Mereka hanya
diberi makanan sekadar untuk hidup
• Ramai penduduk
Tanah Melayu menjadi buruh paksa membina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan
Thailand-Burma sepanjang 724 km
• Seramai 70 ribu
penduduk terlibat & satu pertiga daripadanya terkorban
• Surat tunjuk
sebab dikeluarkan oleh tentera Jepun kepada sesiapa yang tidak hadir bekerja
iii. Tiada Kemudahan Kesihatan
• Kemudahan
kesihatan terjejas teruk kerana peperangan
• Wabak penyakit
merebak terutama penyakit beri-beri disebabkan kekurangan zat makanan
• Bekalan ubat
sukar diperoleh kerana tidak dapat diimport
• Keadaan semakin
teruk apabila tentera Jepun merampas ubat-ubatan di pasaran untuk kegunaan
mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment